Aritu, abah masuk hospital lg..aq pun dah xthu nak bt ape lg..tp, aq teruskan jg..gagahkan diri ini dan jd mcm biasa.. ummi slalu marah aq klu aq berbuat begitu..mungkin sbb ummi fikir yg aq lansung tak sayangkan abah.. tp sejujurnya, aq sangat sedih.. stiap kali bila aq pergi solat dan tiada org dalam bilik, aq akan terduduk menagis..dan aq akan berkata " Ya Allah, terlalu besar dugaan yg engkau berikan kpd keluargaku ini..aq tak thu berapa lama lg aq boleh kuat di hadapan keluargaku.." bila doc cakap sesuatu yg negatif tntng abah. hanya aq yg akan mendengarnya..sbb keluarga aq yag lain, tak sorang pun sanggup mendengarnya.. aq pun tak thu mcm mane aq boleh jadi sekuat itu..tp aq yakin yg kekuatan aq itu datang daripada Allah.. hari yg aq nak balik dr hospital..selepas selesai uruskan semua barang abah..aq salam dan cium pipi abah..aq sangat takut kalau2 aq tak berpeluang utk melakukan sebegitu lg..
Dah beberapa bulan berlalu..setiap kali aq berseorgan, aq pasti akan menangis sbb teringatkan keadaan abah..tp, di depan org. aq tak thu knp aq tak boleh tunjukkan perasaan sebenarku..dan aq tak pelik klu org cakap yg aq tak sayang pd abah.. aq masih keluar seperti biasa dgn kwn2ku dan bergembira..tp apa yg ada dalam hatiku, tak sorang pun yg thu.. setiap hari aq doakan semoga abah akan sembuh..sampai la satu saat, aq dah tak sanggup utk melihat penderitaan abah lg.. klu ummi thu aq berfikiran begini, ummi tentu akan benci pd aq..sbb di saat itu, aq mendoakan semoga Allah berikan yang terbaik utk abah dan keluargaku.. klu betul ditakdirkan abahku akan pergi dlu..aq redha..sbb aq dah x sanggup utk melihat abah menderita lg..dan dgn keadaan abah sekarang, aq tak thu betapa lama lg abah akan bertahan..walaupun aq thu, yg aq tak mungkin akan dapat hidup tanpa abah..tp aq kne kuatkan diri aq jg.. aq tak dapat bayangkan hidup aq tanpa abah..
"Abah, sy nak abah thu..yg sy sangat sayang pd abah..klu abah takde, siapa yang nak tolong pertahankan sy bila sy kne marah dengan ummi..klu abah takde, adik2 nak dengar cakap siapa lg.. klu abah takde, mcm mane dgn keluarga nie.. abah..sy sangat sayang pada abah..sy tak sanggup kehilangan abah.. klu abah pergi..sy pasti tak boleh bangun lg..sy tak kuat..tp sy tak sanggup tengok abah menderita mcm nie.. abah, klu masa bleh diputarkan kembali, sy pasti akan belajar bersungguh2..dengar cakap abah dan jd seorg doktor..walaupun susah, sekurang2nya, sy berusaha..tp, sy tak lakukannya sbb abah dgn ummi nak sangat sy jd doktor..jd, sy taknak la..ms tu, sy memberontak..sbb sy nak jd peguam..tp abah tak benarkan..tp sekarang, sy menyesal sangat sbb tak dengar cakap abah.. abah..sy sangat sayang pd abah..bg sy, abah ada la segala2nya.. klu abah pergi.. mampukah sy hidup tanpa abah.."
Ya Allah..aq tak kuat..aq mohon..Engkau beri la kekuatan kpdku utk menghadapi semua ini dengan tabah dan sabar..Engkau jadikanlah aq sebagai seorg anak yang solehah kpd kedua org ibu bapa ku..aq thu, aq banyak berbuat dosa pd mereka.. sesungguhnya, aq adalah hamba yg sangat hina..dan aq sangat memerlukan pertolongan drMu.. berilah aq kekuatan utk menghadapi semua ujian yg telah dan akan engkau berikan kpdku ini dengan tabah dan sabar.. sesungguhnya, hanya kepadaMu aq meminta dan memohon..
No comments:
Post a Comment